Program pembangunan sosial yang dilaksanakan oleh LZS bertujuan meringankan beban hidup golongan asnaf melalui penyediaan bantuan kewangan, makanan, perubatan, perumahan serta sokongan kecemasan, bagi memastikan kelangsungan hidup dan kesejahteraan asas mereka terjamin. Melalui inisiatif ini, zakat berperanan bukan sekadar memberi kelegaan sementara, malah membuka ruang kepada asnaf untuk membina kehidupan yang lebih baik dan berusaha ke arah mencapai tahap kendiri. Program ini juga menjadi asas penting dalam memperkukuh kestabilan, maruah serta daya saing mereka dalam jangka masa panjang.
Bantuan Kewangan Bulanan
RM111,312,803
Penerima: 23,940
Bantuan Makanan Bulanan
RM9,718,620
Penerima: 10,291
Bantuan asas untuk menampung perbelanjaan hidup bulanan asnaf
Seramai 8,721 keluarga asnaf fakir dibantu untuk mendapatkan tempat tinggal yang selesa
Bantuan Pembinaan Rumah Individu
RM1,089,683
Penerima: 23,940
Bantuan Sewa Rumah
RM57,472,085
Penerima: 8,471
Bantuan Baik Pulih Rumah
RM5,406,793
Penerima: 223
Bantuan Perubatan
RM14,844,772
Penerima: 2,408
Seramai 2,408 asnaf fakir menerima bantuan perubatan untuk rawatan kesihatan, termasuk dialisis
Bantuan Hari Raya
RM12,196,098
Penerima: 26,185
Membantu asnaf fakir membuat persiapan untuk bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri
Bantuan Bencana
RM158,370
Penerima: 74
Membantu umat Islam yang berdepan kesusahan akibat bencana seperti banjir, ribut, kebakaran dan tanah runtuh
Bantuan Kewangan Bulanan
RM132,982,617
Penerima: 28,481
Bantuan asas untuk menampung perbelanjaan hidup bulanan asnaf
Bantuan Makanan Bulanan
RM12,404,154
Penerima: 12,526
Seramai 12,353 keluarga asnaf miskin dibantu untuk mendapatkan tempat tinggal yang sesuai
Bantuan Sewa Rumah
RM79,847,724
Penerima: 11,809
Bantuan Baik Pulih Rumah
RM12,650,326
Penerima: 482
Bantuan Pembinaan Rumah Individu
RM2,614,034
Penerima: 62
Bantuan Perubatan
RM26,139,776
Penerima: 3,478
Sebanyak 3,478 asnaf miskin menerima bantuan perubatan untuk rawatan kesihatan, termasuk dialisis
Bantuan Hari Raya
RM19,528,530
Penerima: 44,746
Membantu asnaf miskin membuat persiapan bagi bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri
Bantuan Bencana
RM258,000
Penerima: 140
Membantu umat Islam yang mengalami kesusahan akibat bencana seperti banjir, ribut, kebakaran dan tanah runtuh
Bantuan Kewangan Bulanan
RM9,013,480
Penerima: 2,744
Bantuan asas untuk menampung perbelanjaan hidup bulanan asnaf
Bantuan Makanan Bulanan
RM206,806
Penerima: 198
Seramai 960 keluarga asnaf mualaf dibantu untuk mendapatkan tempat tinggal yang sesuai
Bantuan Sewa Rumah
RM6,294,685
Penerima: 938
Bantuan Baik Pulih Rumah
RM640,964
Penerima: 20
Bantuan Pembinaan Rumah Individu
RM139,619
Penerima: 2
Bantuan Perubatan
RM266,039
Penerima: 75
Seramai 75 asnaf mualaf menerima bantuan perubatan untuk rawatan kesihatan, termasuk dialisis
Bantuan Hutang Perubatan
RM40,504,619
Penerima: 5,475
Mengurangkan beban pesakit kronik / kritikal
Bantuan Hutang Rawatan Dialisis
RM34,752,407
Penerima: 1,719
Mengurangkan beban pesakit buah pinggang
Bantuan Hutang Keperluan Hidup
RM2,707,961
Membantu menyelesaikan hutang berkaitan keperluan asas seperti bil air / elektrik, perbelanjaan harian dan hutang yang menjejaskan sumber pendapatan
Bantuan Kecemasan Bencana
RM1,669,977
Penerima: 490
Memberi bantuan kepada umat Islam yang mengalami kesusahan akibat bencana seperti banjir, ribut, kebakaran dan tanah runtuh
Sebanyak RM25.86 juta telah diagihkan kepada asnaf riqab di negeri Selangor bagi tahun 2024
Program Dakwah Riqab
RM15,839,687
Baitul Ehsan
RM2,416,623
Pusat Pemulihan Akhlak
Baitul Iman
RM2,026,677
Pusat Pemulihan Akidah
Baitul Islah
RM1,401,598
Pusat Pemulihan Dadah Tegar
Sebanyak RM163.78 juta telah diagihkan kepada asnaf fisabilillah di negeri Selangor bagi tahun 2024
Elaun Guru Kelas Fardhu Ain Asas
RM28,908,600
Penerima: 206
Elaun bulanan untuk guru Kelas Fardhu Ain
Program Pelaksanaan Nilai Islam
RM19,361,648
Penerima: 551
Bantuan kewangan kepada institusi tertentu (sekolah/kolej/universiti/masjid/surau) untuk menjalankan program dakwah dan pembangunan yang menekankan nilai-nilai Islam
Bantuan Musafir
RM45,580
Bantuan asas kepada umat Islam yang terkandas dalam perjalanan tanpa dana (yang dibenarkan oleh Syariah)
Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Pelarian
RM30,000
Sumbangan kepada pertubuhan berdaftar, persatuan dan institusi untuk menyediakan keperluan asas pelarian Muslim di Selangor
Bantuan Pengurusan Rumah Musafir
RM68,370
Bantuan untuk membiayai kos pengurusan rumah penginapan pelawat di hospital
Bantuan Pelajar Luar Negara
RM7,925
Sumbangan untuk menampung kos perjalanan pelajar luar negara pulang ke negara asal 68
Keluarga Mualaf: Syawal Tanpa Tempat Berlindung
Satu panggilan kecemasan diterima oleh pihak kaunter Zakat Selangor di mana sepasang suami isteri bersama seorang anak kecil hadir dengan membawa hanya beberapa beg. Mereka baru sahaja diusir keluar dari rumah keluarga. Maklumat segera disalurkan kepada Skuad Saidina Umar (SSU) Zakat Selangor yang terus mengambil tindakan pantas untuk menyelidik keadaan sebenar. Rupa-rupanya, keluarga kecil ini adalah saudara baru yang memeluk Islam tahun lalu. Malangnya, sejak sebulan lalu, si suami terlibat dalam kemalangan jalan raya yang menyebabkan kecederaan serius iaitu patah kaki dan tulang pinggang dan kini tidak lagi mampu bekerja.
Keadaan bertambah rumit apabila berlaku salah faham dengan ahli keluarga yang masih bukan Islam. Ketidakupayaan beliau untuk bekerja dan menyara keluarga dianggap sebagai beban, hingga akhirnya mereka diminta keluar dari rumah. Dengan kesihatan yang masih lemah dan tiada tempat untuk dituju, mereka nekad datang ke kaunter Zakat Selangor dalam keadaan bingung, takut dan hilang arah. Melihat keadaan yang begitu mendesak, pihak Zakat Selangor segera menguruskan penempatan sementara bagi memastikan keluarga ini tidak terus tinggal tanpa perlindungan, sementara menunggu proses masuk ke rumah sewa baharu yang sedang diusahakan. Di sebalik kemeriahan Ramadan yang hampir ke penghujungnya, masih ramai yang sedang bergelut dengan ujian berat. Namun, di sinilah zakat memainkan peranannya sebagai pelindung, sebagai penyambung harapan.
Zakat Selangor akan terus berdiri di sisi mereka yang terpinggir dan diuji, kerana setiap insan berhak merasai erti kasih sayang, terutama di bulan yang mulia ini.
Hidayah Di Warung Kecil: Kisah Muslimah Orang Asli
Perjalanan Rahmah memeluk Islam bukanlah mudah. Pada awalnya, pengislamannya dirahsiakan daripada ibu bapa. Reaksi pertama dingin dan jauh dari mesra. Namun Rahmah tidak pernah membalas dengan marah. Dengan penuh sabar, beliau terus menjaga silaturahim, dan akhirnya kasih sayang serta doa membuka hati kedua ibu bapanya untuk menerima hidayah itu dengan reda. Bermula sebagai pekerja kedai makan dan kemudiannya di syarikat khemah selama hampir 15 tahun, Rahmah akhirnya mendapat dorongan keluarga untuk membuka warung sendiri di Kampung Orang Asli Sungai Bumbun.
Tahun 2014 menjadi saksi langkah pertamanya sebagai peniaga nasi lemak bersama suami tercinta. Setelah melalui fasa getir Perintah Kawalan Pergerakan, beliau mula menyediakan masakan panas pada waktu malam demi kelangsungan hidup. Di sebalik senyumannya, Rahmah menanggung pelbagai ujian kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi dan sakit lutut namun semangatnya tidak pernah luntur. Beliau bertekad untuk menyediakan makanan halal kepada masyarakat Orang Asli di kawasannya yang kurang akses kepada pilihan makanan Muslim.
Lebih mengharukan, Rahmah bukan sahaja berniaga tetapi juga menyumbang. Beliau sering menerima permintaan menyediakan jamuan berbuka daripada agensi seperti Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan sekolah sekitar. Malah, ada insan yang mempercayainya untuk menyalurkan sumbangan makanan panas kepada komuniti yang serba kekurangan. Pengislamannya menjadi asbab hidayah kepada beberapa adik-beradiknya. Rahmah bukan sekadar usahawan beliau adalah pembuka jalan, penyambung kasih dan cahaya dakwah yang menyala di pelusuk kampung. Antara bantuan yang diterima adalah:
Hadiah Rumah Kediaman
Dua keluarga asnaf, Encik Jaidi dan Encik Izuwan, kini mampu menarik nafas lega apabila menerima bantuan rumah baharu daripada LZS. Sebelum ini, mereka hanya mampu menyewa rumah kecil yang serba kekurangan dengan bayaran sewa yang membebankan. Rumah baharu yang diterima lengkap dengan tiga bilik tidur, ruang tamu dan dapur — cukup selesa untuk menampung keluarga masing – masing yang berjumlah lima orang. Bantuan ini memberi peluang kepada mereka untuk meneruskan kehidupan dengan lebih tenang dan bermaruah.
Majlis serahan kunci telah disempurnakan oleh Y.D.H. Dato’ Mohamad Yaacob bin Dato’ Ismail, Orang Besar Daerah Kuala Selangor, yang memuji usaha LZS dan menasihati penerima agar menjaga rumah tersebut dengan baik. Bagi LZS, bantuan ini adalah
sebahagian daripada tanggungjawab amanah zakat untuk memastikan golongan asnaf dapat hidup dalam keadaan lebih selesa dan terjamin. Program seperti ini membuktikan bahawa zakat bukan hanya mengurangkan beban, tetapi juga membuka jalan kepada masa depan yang lebih cerah.
Teduhan Membina Semula Harapan
“Terima kasih kepada semua pengeluar zakat, bantu Mak Cik binakan rumah baru impian keluarga kami selama ini” luah Mak Cik Rafidah penuh syukur setelah menerima kunci rumah baharu hasil bantuan LZS. Rumah yang dibina menggantikan kediaman lama yang uzur dan tidak selamat ini diserahkan secara rasmi dalam satu majlis yang disempurnakan oleh Y.D.H. ACP Norhizam bin Bahaman, Ketua Polis Daerah Sepang. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Penghulu Mukim Sepang, Ketua Balai Sungai Pelek serta barisan pegawai LZS dan pihak berkuasa tempatan. Bagi Mak Cik Rafidah dan keluarga, rumah ini membawa harapan baharu dan keselesaan yang amat dinanti. Program ini menjadi bukti bahawa zakat yang disalurkan melalui amil yang sah dapat membantu golongan asnaf dengan lebih berkesan dan berterusan. Terima kasih kepada semua pengeluar zakat — andalah HERO sebenar di sebalik setiap senyuman asnaf.
Pembinaan / Pengubahsuaian Institusi Agama
RM26,330,037
Bantuan kewangan kepada masjid dan surau di institusi pendidikan serta sekolah agama untuk meningkatkan keselesaan dan kemudahan beribadah kepada komuniti Muslim
Bantuan Modal
RM835,935
Penerima: 269
Seramai 269 asnaf fakir menerima bantuan modal termasuk untuk perniagaan, ternakan, pertanian dan perikanan
Bantuan Modal
RM1,961,309
Penerima: 592
Seramai 592 asnaf miskin menerima bantuan modal termasuk perniagaan, penternakan, pertanian dan perikanan
Bantuan Modal
RM81,944
Penerima: 29
Seramai 29 asnaf mualaf menerima bantuan modal termasuk perniagaan, penternakan, pertanian dan perikanan
Zakat Melahirkan Seorang Peguam
Di sebalik kejayaan hari ini, tersimpan sebuah kisah perjuangan yang penuh ketabahan. Fudhla Anas Bin Jamnul Azmin, anak ketiga daripada enam beradik, membesar tanpa kehadiran seorang ayah yang telah pergi menghadap Ilahi. Namun, kesusahan tidak pernah melemahkan semangatnya. Sebagai bekas penerima dermasiswa LZS, bantuan yang diterima bukan sekadar sokongan kewangan — ia menjadi sinar harapan dalam mengubah nasib keluarga.
Ketika berada di tahun akhir pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Syariah Undang-Undang di Universiti Islam Selangor (UIS), Fudhla memilih untuk menyertai Kursus Latihan iKerjaya (KLiK) – Kem Bangkit Kerja 03/2024. Di sinilah beliau mula membina keyakinan, mempersiapkan diri untuk alam pekerjaan dan mengasah potensi diri demi mengejar impian.
Dengan semangat yang tidak pernah luntur, beliau melangkah berani menjalani latihan ‘chambering’ di sebuah firma guaman semasa semester akhir pengajiannya.
Hasilnya, pada tahun 2024, impian yang sekian lama tersemat di hati akhirnya menjadi kenyataan — Fudhla kini bergelar seorang Peguam Syarie.
Kisahnya menjadi bukti bahawa setiap ujian adalah laluan menuju kejayaan, dan dengan usaha serta doa yang tidak pernah putus, impian mampu digenggam.
Dari Asnaf Kini Jurugambar Profesional
Dahulu, beliau mencari rezeki sebagai jurugambar tadika dan sekolah merakam senyuman anak-anak sebagai sumber pendapatan. Namun segalanya berubah apabila pandemik COVID-19 melanda. Peluang kerja terhenti, dan simpanan yang ada habis digunakan untuk menyara keluarga. Dalam keadaan serba kekurangan, beliau
tidak menyerah. Dengan semangat yang luar biasa, beliau menyertai pelbagai kursus keusahawanan anjuran LZS dan TERAS. Dari situ, beliau membina semula keyakinan, mempelajari pengurusan perniagaan dan kewangan yang menjadi tunjang kebangkitan
beliau.
Tahun 2022 menjadi titik tolak beliau memilih untuk berdikari dan memohon keluar daripada senarai asnaf. Hasil ketekunan dan ilmu yang diterapkan, perniagaannya kini mampu menjana pendapatan mencecah RM38,000. Yang lebih membanggakan, beliau kini bukan lagi penerima zakat sebaliknya menjadi penyumbang. Seorang bekas asnaf yang kini memberi kembali kepada masyarakat, membantu mereka yang pernah melalui jalan sukar sepertinya. Kisah ini adalah bukti bahawa dengan ilmu, bimbingan, dan keazaman yang tinggi, perubahan itu bukan sekadar impian, ia satu kenyataan.
Kursus dan Latihan
RM124,821
Penerima: 357
Merangkumi pembangunan ekonomi, kerohanian, sosial dan pendidikan
Kursus dan Latihan
RM8,603,202
Penerima: 598
Merangkumi pembangunan ekonomi, kerohanian, sosial dan pendidikan
Program Pembangunan Insan Mualaf
RM1,246,380
Penerima: 891
Menganjurkan program pembangunan diri untuk asnaf mualaf
Institusi Al-Mawaddah oleh LZS: Jagaan Penuh Kasih
Melambatkan Dementia, Meningkatkan Harapan
Di Pusat Jagaan Warga Emas Bait Al-Mawaddah, usaha melambatkan proses dementia dilaksanakan melalui program intervensi holistik yang menekankan terapi kognitif, interaksi sosial dan aktiviti harian yang merangsang minda. Objektif utama adalah memperlahankan kemerosotan fungsi kognitif serta meningkatkan kualiti hidup warga emas yang terlibat. Kisah seperti Pak Cik Ahmat, yang menunjukkan kemajuan selepas tiga bulan mengikuti program ini dari lebih fokus ketika berbual, hingga mampu mengawal emosi menjadi bukti keberkesanan pendekatan ini. Sepanjang tahun 2024, 100% daripada lima penghuni yang dipantau berjaya mengekalkan kestabilan kognitif, manakala empat kes baru dementia berjaya dikesan lebih awal.
Faktor utama kejayaan termasuk kakitangan terlatih, sokongan komuniti penjaga dan rakan-rakan warga emas, serta pelaksanaan aktiviti yang konsisten. Bait Al-Mawaddah membuktikan bahawa dengan perhatian dan kasih sayang, warga emas bukan sahaja boleh hidup bermaruah, malah terus dihargai dalam setiap detik yang mereka miliki.
Institusi Baitus Salam: Dari Serpihan Ke Sakinah
Muhammad Ivan mula menjejakkan kaki ke Baitus Salam pada November 2022 dengan pengetahuan Islam yang sangat asas. Seperti mualaf lain, beliau memulakan langkah dengan belajar solat, mengenal huruf hijaiyah dan membaca Iqra’ satu per satu. Namun dengan keazaman yang luar biasa, beliau belajar dengan tekun dan akhirnya berjaya membaca Al-Quran dengan lancar. Hari ini, beliau bukan sahaja menjadi imam dan muazzin di Baitus Salam, malah terus mendalami ilmu bacaan tarannum secara sendiri melalui bacaan Qari di YouTube. Minat itu berkembang menjadi impian.
Pada tahun 2024, impian itu menjadi kenyataan. Dengan penuh yakin, beliau menyertai pemilihan wakil mualaf Selangor untuk Pertandingan Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan. Hasil usaha dan bakatnya, beliau terpilih dan lebih membanggakan, membawa pulang tempat ketiga dalam Mahrajan Amal Islami Mualaf Peringkat Kebangsaan 2024. Perjalanan Muhammad Ivan membuktikan bahawa hidayah apabila disambut dengan ilmu dan kesungguhan, mampu melahirkan insan luar biasa yang menyinari agama dengan penuh rendah hati.
Institusi Bait Al-Hasanah: Atap yang Meneduhkan Jiwa
Nur Amin Shah: Istimewa, Namun Tetap Luar Biasa
Dilahirkan pada 31 Ogos 2009, Nur Amin Shah bin Noriskandarshah adalah bukti bahawa kekurangan bukan penghalang kejayaan. Walaupun merupakan pelajar OKU Pembelajaran dan membesar dalam keluarga asnaf di PPRT Taman Putra Damai, beliau tidak pernah menjadikan cabaran sebagai alasan untuk menyerah. Sejak menyertai asrama Bait Al-Hasanah pada 2022 dan mengikuti kelas Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di SMK Sungai Kapar Indah, Nur Amin aktif mencipta kejayaan. Beliau pernah dinobatkan Johan Pertandingan Tarannum dan Naib Johan e-NILAM peringkat daerah, pencapaian yang luar biasa bagi seorang pelajar istimewa.
Kini, dengan semangat yang tak pernah luntur dan sokongan padu dari keluarga serta pihak asrama, Nur Amin melangkah ke fasa baru dalam hidupnya, melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran kulinari di Institusi Five Best Skill Training. Kisahnya mengajar kita bahawa dengan peluang, bimbingan dan keazaman, sesiapa pun mampu mencipta kejayaan bahkan dari titik tolak yang paling mencabar. Nur Amin Shah adalah sinar harapan buat semua yang percaya bahawa keistimewaan adalah kekuatan.